| Saturday, September 29, 2007 |
| Pieces 40 |
Apabila langit mulai muram dan guruh pun berdentum dentam, Kita seringkali merasa gelisah, Hingga terlupa sebentar lagi rahmat akan turun, Doa pun menjadi berkah, Nantinya, mentari pun akan menyapa lagi.
Alhamdulillah, hari yang membahagiakan, setelah saya tidur semalam dengan seribu satu perasaan yang bercampur baur. Tapi, Allah menjanjikan hari yang bahagia.
Terima kasih, atas segala-galanya!
Ayah, selamat hari lahir, Fitri, terima kasih atas segala-galanya, doa kami,harapan kami segalanya untuk kalian. Janji saya ,insya Allah , kami akan menjadi yang terbaik untukmu.
Subhanallah walhamdulillah wa Allahu Akbar!
[hari bahagia!] |
posted by hukamaque @ 11:54 pm  |
|
|
|
| Friday, September 28, 2007 |
| Pieces 39 |
Sabar dan berlapang dada,k? Rasa penat.Sedih.Tidak tenteram. I shall go to bed. Sleep is a way of escapism. Berkecamuk. Ya Allah,kuatkan pendirianku. |
posted by hukamaque @ 11:59 am  |
|
|
|
| Thursday, September 27, 2007 |
| Pieces 38 |
Pertemuan dan perpisahan adalah salah satu dari sunnah alam. Baru-baru ini Allah telah menghantarkan saya seorang teman untuk bersama-sama berjuang, seorang yang saya kira sangat memahami , bak kata orang sekufulah!
Barangkali, kehadirannya tidak lama, dia menghantar sms bahawa dia harus ke tempat lain. Saya jadi gusar dan gentar. Saya takut akan kesunyian. Saya benci akan kejumudan. Saya jadi bersemangat dengan adanya dia menemani saya sepanjang perjalanan. Ibarat Musa meminta seorang teman, lalu dihantarkan oleh-Nya , Harun a.s yang petah berbicara.
Kami berjanji akan menemani seorang adik untuk berbuka puasa bersama, tetapi tiba-tiba, dia harus ke tempat lain dan dia mencadangkan seorang teman sebagai ganti. Saya 'down' seketika.Saya hilang selera untuk menulis artikel.Mujur juga kerja di pejabat tidak banyak.Alhamdulillah.
Petang tadi,
Saya kuatkan juga semangat bertemu si adik, sambil-sambil menunggu teman pengganti tadi. Lama menunggu, rupa-rupanya kenalan yang seorang tadi sesat dan tidak mungkin dapat menemani saya. Tinggallah saya keseorangan.
Cuak dan bimbang datang bertalu-talu.Risau kerana saya merasakan saya bukanlah baik benar dengan adik kepada teman saya tadi. Apa yang perlu saya cakapkan? Apa yang tidak?
Saya sampai agak lewat dan akhirnya restoran semuanya penuh, kasihan kepada si adik dan temannya. Kami hanya dapat berbuka dengan segelas air sambil berdiri. Selesai solat, barulah kami dapat singgah ke sebuah restoran.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Bantuan Allah juga, syukur.
Berusahalah! Keseorangan juga adalah tarbiyah . Saya akhirnya mengerti adakalanya sifat iffah yakni berdikari perlu ada pada para duat. Tambahan pula, baik buruk satu perkara adalah keputusan Allah, kita cuma diberi hak untuk berusaha! |
posted by hukamaque @ 10:38 pm  |
|
|
|
|
| Pieces 37 |
Jadilah manusia ajaib! Tidak menyerah kalah dengan keadaan. Berusaha segigihnya. Optimumkan segala-galanya!
[Jujurnya, saya sedang takut akan kehilangan..] |
posted by hukamaque @ 12:36 pm  |
|
|
|
|
| Pieces 36 |
Hidup ini penuh dengan kejutan demi kejutan yang tidak pernah saya sangkakan. Belajarlah memerhati. Rahsia Tuhan. Ini semua kerja Tuhan. Jodoh dan Ajal. Suka dan duka.
Oh, pengorbanan!
Allahu Akbar! |
posted by hukamaque @ 12:07 am  |
|
|
|
| Wednesday, September 26, 2007 |
| Pieces 35 |
Tulisan ini saya petik dari blog Ustaz Muhammad Fauzi di http://www.satuperkongsian.wordpress.com/Sebahagian dari pendakwah dan organisasi dakwah amat lantang melihat kemungkaran yang berlaku. Manakala sebahagian yang lain tidak begitu ambil peduli dan hanya menumpukan usaha menanam kembali nilai-nilai Islam yang murni. Masing-masing mempunyai hujahnya yang tersendiri walau pun secara peribadi, saya berpendapat sebahagian dari pendekatan tersebut bukanlah lahir dari ilmu sebaliknya banyak dipengaruhi oleh perwatakan dan karektor pendakwah dan pendukung organisasi dakwah tersebut.
Pendakwah sama seperti orang lain; mempunyai emosi dan perasaan. Ketakutan menjadikan dia membiarkan kemungkaran. Marah menjadikan dia melenting membantah. Ilmu akan mengawal pendakwah agar bertindak tidak berdasarkan emosi. Kita membaca kisah Saidina Ali r.a. yang tiba-tiba membatalkan niat untuk membunuh musuh yang sudah pun jatuh di depan mata di medan perang kerana takut kalau-kalau tindakannya itu berpunca dari nafsu marahnya. Sebahagian sahabat r.a. yang tiba-tiba berasa takut untuk turut serta dalam perang Badar dirasionalkan kembali oleh peringatan Rasulullah s.a.w. Kalaulah bukan kerana ilmu, nescaya ketakutan akan menguasai mereka dan matilah jihad.
Membacanya membuka dimensi lebih jelas mengenai amar makruf nahi mungkar dan periksalah sejauh mana kita benar-benar melakukannya? Tepuk dada tanyalah iman! |
posted by hukamaque @ 2:27 pm  |
|
|
|
| Wednesday, September 19, 2007 |
| Pieces 34 |
Ujian datang lagi dan datang lagi! Allahumma jurli fee museebati wakhlufli khairan minhaa..
Yajib an tabtasim indama tabki.. |
posted by hukamaque @ 12:13 am  |
|
|
|
| Friday, September 14, 2007 |
| Pieces 33 |
Alhamdulillah, Ramadhan 1428 sudah bermula.
Syukur juga, saya panjatkan kerana saya telah berjaya mendapat apa yang saya inginkan selama ini. Penghargaan.
Tetapi, hati kecil ini seakan tidak begitu gembira. Saya mengaku. Demi penghargaan manusia yang tidak sebesar penghargaan Allah yang Amat Berkuasa,saya telah melepaskan beberapa perkara.
Saya tahu saya tersilap. Alhamdulillah, Allah masih membuka peluang demi peluang untuk saya berjuang dan membaiki prestasi diri. Apabila saya hitung-hitungkan semula, saya sejujurnya perlukan apresiasi manusia untuk berjaya. Demi survival sebuah risalah sebenarnya. Tetapi ibrah sejarah mengajarkan, Allah adalah segala-galanya. Allah memegang hati manusia.
Berhenti mengemban tanggungjawab bukan satu jalan keluar. Teruskan berusaha.
Catatan dan pertemuan demi pertemuan bermakna Ramadhan ini! Allahumma jurli fee museebati wakhlufli khairan minhaa.
Berharap agar dapat bertemu jiwa-jiwa yang segar selalu.. Akmal, Zaed, Nik terutamanya.. Pertemukanlah kami di bawah berkat Ramadhan-Mu..
|
posted by hukamaque @ 12:58 am  |
|
|
|
| Monday, September 10, 2007 |
| Pieces 32 |
Alhamdulillah, the exam was over yet the new semester begins today. I'm back in office while waiting the jobs to be stacking up later.
I had a busy yet tremendous and memorable weekends. I had the opportunity to met with a foreign writer. I attended his session twice and alhamdulillah, he remember my name! Hopefully my presence was beneficial enough.
Everyone was there, Aiman, Hakim Kecil, Anas ..,those bros. from Hira' ,my fellowmates during uni time.The room was packed! Even Nik was there.Suprise!
Then,later a great mate of mine during college came down to KL to watch the Malaysian Cup Final. I haven't met him since i went abroad. We find ourselves changed and different.Hahah..nice. 5 years and there's lot of stories to share. I brought him to Laman 'Adnin. [Tetamu pertama Laman Adnin!]. I used to stay at his place when i completed my foundation.
On the way to send him back, i asked..
"Kau merokok sekarang? "Taklah, kalau aku merokok, mesti banyak aku dah membazir, lagipun aku asyik belajar tentang smoking, tak baguslah kalau aku merokok"
"Friends are forever but brothers will stay and they got even better". He wrote this five years ago before i left.
I pray that one day, Allah will grant him the knowledge and full understanding of His Deen.Amin Ya Rabbal A'lamin. |
posted by hukamaque @ 9:55 pm  |
|
|
|
| Sunday, September 02, 2007 |
| Pieces 31 |
Pernahkah terjadi sebegini dalam kehidupan kita sehari-hari?
A memakai jam tangan barunya ke masjid, malangnya ketika mengambil wudhuk, jamnya jatuh ke dalam kolah dan tidak boleh diguna pakai lagi.
Lalu kalimat ini terpacul keluar dari bibirnya, "Kalaulah aku tak pakai jam ini tadi..tentu tak hilang!"
Astagfirullah al-'azim. Sesungguhnya Allah sebenarnya telah menetapkan bahawa jam itu dibawa ke masjid, lalu dihilangkan.
Kisah yang juga sering kita dengar, tentang seorang tetamu Nabi Sulaiman alaihissalam, yang ketika di sebuah jamuan, berhadapan dengan seorang lagi tetamu yang tidak diundang.Malaikat Maut. Dipendekkan cerita, lelaki tadi, meminta supaya dirinya dihantar ke sebuah pulau yang amat jauh, dengan harapan terselamat dari Malaikat Maut itu tadi.
Tetapi, tatkala sampai di pulau itu, dilihatnya, Malaikat Maut sudah menunggunya.
Sebenarnya, diceritakan bahawa di majlis tadi, Malaikat Maut kehairanan melihat lelaki itu yang sepatutnya dicabut nyawanya di sebuah pulau yang jauhnya beribu batu.Bagaimana lelaki ini akan dicabut nyawanya sebentar sahaja lagi di sebuah pulau yang jauh, masih boleh berada di majlis itu.
Lihatlah, akan kekuasaan dan ketetapan Allah, segalanya pasti akan berlaku dan kita tidak dapat tidak perlu menghadapinya.Pasti ada ketentuan yang terbaik dan penuh hikmah!
Bak kata Imam al-Ghazali, [saya pertama kali mendengarnya sewaktu masih muda remaja, tahun pertama di universiti ]
Apa yang akan berlaku tak mungkin lebih baik daripada apa yang telah berlaku, kerana yang telah berlaku itu sudah ditentukan Allah..
Entri ini, saya nukilkan khas untuk pertemuan hari ini, nak jumpa orang lain, menunggu lama, hampir sahaja putus asa ..tetapi saya dapat berkenalan pula dengan jiwa-jiwa yang segar!
Alhamdulillah! |
posted by hukamaque @ 6:34 pm  |
|
|
|
| Saturday, September 01, 2007 |
| Pieces 30 |
Tak tidur lagi buat masa ini. Sebab bilik tengah tak di kemas lagi. Rasa macam nak demam.. Muraja'ah masih berbaki banyak.
=]. |
posted by hukamaque @ 12:28 am  |
|
|
|
|
|