| Sunday, September 02, 2007 |
| Pieces 31 |
Pernahkah terjadi sebegini dalam kehidupan kita sehari-hari?
A memakai jam tangan barunya ke masjid, malangnya ketika mengambil wudhuk, jamnya jatuh ke dalam kolah dan tidak boleh diguna pakai lagi.
Lalu kalimat ini terpacul keluar dari bibirnya, "Kalaulah aku tak pakai jam ini tadi..tentu tak hilang!"
Astagfirullah al-'azim. Sesungguhnya Allah sebenarnya telah menetapkan bahawa jam itu dibawa ke masjid, lalu dihilangkan.
Kisah yang juga sering kita dengar, tentang seorang tetamu Nabi Sulaiman alaihissalam, yang ketika di sebuah jamuan, berhadapan dengan seorang lagi tetamu yang tidak diundang.Malaikat Maut. Dipendekkan cerita, lelaki tadi, meminta supaya dirinya dihantar ke sebuah pulau yang amat jauh, dengan harapan terselamat dari Malaikat Maut itu tadi.
Tetapi, tatkala sampai di pulau itu, dilihatnya, Malaikat Maut sudah menunggunya.
Sebenarnya, diceritakan bahawa di majlis tadi, Malaikat Maut kehairanan melihat lelaki itu yang sepatutnya dicabut nyawanya di sebuah pulau yang jauhnya beribu batu.Bagaimana lelaki ini akan dicabut nyawanya sebentar sahaja lagi di sebuah pulau yang jauh, masih boleh berada di majlis itu.
Lihatlah, akan kekuasaan dan ketetapan Allah, segalanya pasti akan berlaku dan kita tidak dapat tidak perlu menghadapinya.Pasti ada ketentuan yang terbaik dan penuh hikmah!
Bak kata Imam al-Ghazali, [saya pertama kali mendengarnya sewaktu masih muda remaja, tahun pertama di universiti ]
Apa yang akan berlaku tak mungkin lebih baik daripada apa yang telah berlaku, kerana yang telah berlaku itu sudah ditentukan Allah..
Entri ini, saya nukilkan khas untuk pertemuan hari ini, nak jumpa orang lain, menunggu lama, hampir sahaja putus asa ..tetapi saya dapat berkenalan pula dengan jiwa-jiwa yang segar!
Alhamdulillah! |
posted by hukamaque @ 6:34 pm  |
|
|
|
|
|