| Friday, March 23, 2007 |
| Pieces 15. |
Life is not what it used to be. Remember that u can't change the direction of the wind.. BUT you can always direct the sail.
I must have a retreat.Looking down the earth and anything that lies beneath. Then, look up at the sky .Aim higher, fly higher. Look forward and walk to the sunset. The infinite ,foreseeable future. VICTORY!
Menjadi manusia memang sangat sukar. Menjadi muslim menjadikan saya lebih menghargai kehidupan dan melakukan yang terbaik.Saya mesti berharap pada Allah dan positif bahawa semua yang berlaku adalah sunnah alam dan yang terbaik waktu ini.
Tertekan.Anxiety.Sibuk.Bosan.Mencari makna hidup.Semuanya mungkin khilaf musuh yang dengki.Maka, saya akan terus berjalan.
Seperti mana saya yang sakit waktu ini.Kuasa menyembuhkan ada pada Allah, mengapa tidak kembali sahaja kepada-Nya? |
posted by hukamaque @ 7:40 am  |
|
|
|
| Tuesday, March 20, 2007 |
| Pieces 14 |
"Abang Hakim, apa landmark?." dia bertanya. "Landmark? Tak ada dekat situ. Jap, the landmark is i'm coming towards you now." saya menjawab, sambil memandu terus dari simpang masjid. Saya menunggu dia.Memintanya untuk memerhatikan saya yang menunggu di simpang kanan.
Saya keluar dari Mukhairiq. Dia turun dari motosikal merahnya dan menghulurkan salam sekali dengan senyuman yang tak mungkin pernah saya padam dari ingatan. Wajah yang sedikit kurus, rambut yang makin panjang. Cuma ramah dan mesranya memang tidak pernah hilang.
Alhamdulillah. Saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana mempertemukan kami bertiga, malam ini.Bahagia. Bahagia kerana dia tumbuh dengan selamat, makin dewasa dan matang. Moga-moga pengalaman yang dikutip sepanjang bergelar perantau benar-benar mengajarnya menjadi manusia. Perasaan yang biasa datang apabila kita menjadi pendidik dan mendidik.
Falsafah tarbiyah, mendidik seseorang agar menjadi lebih dan lebih baik dari yang empunya diri.
Asyraf, tak larat nak tulis panjang lagi. Penat, yeah, i should go off to bed early as you reckon that i do look sick. Did i? Asyraf, tumbuhlah seperti Muhammad Al-Fatih , raja terbaik yang berhasil membuka Kota Rom Timur, Konstantinopel. Bercita-citalah! Semoga keberkatan dan hidayah melimpah turun dari langit buatmu..
Ya, seperti hujan yang terpaksa kau redah waktu pulang tadi. Itu akan membuatmu lebih dewasa, percayalah!
|
posted by hukamaque @ 10:34 pm  |
|
|
|
| Monday, March 19, 2007 |
| Pieces 13 |
Kita jatuh untuk bangun. Icam, selamat hari lahir ke 19. |
posted by hukamaque @ 4:28 pm  |
|
|
|
| Saturday, March 03, 2007 |
| Pieces 12 |
Tidak ada daya dan kekuatan selain daripada Allah swt.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia" (Riwayat Tirmidzi)
Gembira.Syukur dan bahagia. |
posted by hukamaque @ 11:21 am  |
|
|
|
|
|