Friday, January 26, 2007
Pieces 8
Rarely, i jot down something about work. Kekuatansuper is a gateway of escaping the hectic side of me or even to preserved the sentimental me before i turned into a stone,cold hearted person. Nauzubillah.

Today, i'm doing the K-Tax section. Never did this before. Zero and lost. Really need to learn this carefully. i'm also stuck with cashflow, never ever have interest in this thing since university, was like ignoring this stuff during classes,just because of not interested. Ha, sekarang, rasakan! Lambat sangat nak buat cashflow, kena tengok satu-satu.

Hahahaha.Padan muka, masa dulu tak belajar betul-betul.

Insya Allah, i will playing with these two stuffs more in future, insya Allah pakar tax dan cashflow akan muncul!

My ICAA tax study pack arrived but doesn't have the opportunity to pick the thing.

Hari ini, seperti biasa, pintu langit terbuka luas dan rahmat berlari turun bagaikan hujan..

Ya, rahmat..!
posted by hukamaque @ 5:04 pm   0 comments
Thursday, January 25, 2007
Pieces 7
Bukan semua sahabat adalah Abu Bakr.

Aiman pernah kata, "there must be a reason why Allah wants you to be here, after that 3 years, why you survived?" walaupun sekarang Aiman pun dah tiada seperti dulu.

I was alone.Totally alone.


Now, i must keep on surviving myself and others!

Awak, tunggu! dan lihat!
Akan saya buktikan.
Tetapi awak tetap istimewa walau apa juga yang awak lemparkan kembali buat saya.

Diriku, engkau telah menulis sejarah yang satu hari nanti , moga-moga boleh engkau banggakan di akhirat. Teruskan melakar warna cinta dan kesungguhan di atas kanvas bernama taqwa.
posted by hukamaque @ 6:35 pm   0 comments
Monday, January 15, 2007
Pieces 6
Allah woke me up.He wants me to speak and to gain the strength to face the day.
I do really feel uncomfortable and worry. Its hard for me but i believe it is even harder for him.
Oh Allah, please keep him steadfast and choose the right way.

Saya sangat sayang akan junior itu. Atas dasar iman, kefahaman dan kekuatan ukhuwwah. Saya memang tak boleh memaksa dia untuk memilih. Cuma saya mahukan yang terbaik.Bukan untuk saya tetapi walaupun saya tahu kalau dia memilih persimpangan yang lain, saya mungkin akan kecewa tetapi setakat manalah kekecewaan saya. Saya akan terus mendidik, manusia lahir ke dunia setiap detik dan saat. Tetapi apa yang akan berlaku saya takut dia akan kecundang, tak terjaga dan akhirnya hanyut. Saya mungkin tidak dapat menemaninya sepanjang perjalanan. Tetapi selama-lamanya akan ada sahabat-sahabat peneman sepanjang kembara hidupnya nanti.

Ya Allah, selamatkanlah adik-adik saya.
Saya cuma ingin mereka menjadi pemuda yang benar-benar datang dari generasi yang fareed.

Pesanan seorang kawan,
yang penting kita sabar...
posted by hukamaque @ 7:24 am   1 comments
Tuesday, January 09, 2007
Menangis
Seorang kakak senior yang duduk di hadapan saya, hari ini mengalir airmatanya. Cuma mahu menjadi suri rumah.
Mahu berhenti katanya.
Saya cuma dapat melukiskan wajah simpati.

Petang ini, saya curi-curi membaca blog kawan-kawan sewaktu belajar.
Akhirnya, empangan saya pula pecah. Rindu.Kekuatan iman, amal dan ukhuwwah.
Penat tetapi apa yang saya tahu saya perlu tetap kekal ceria dan bersemangat!

Mungkin hari ini kena stay up di pejabat.
Dua tiga hari lepas, jalan-jalan yang sangat bermakna. Kenangan yang manis dan menyeronokkan.Utara.Terima kasih Allah, terima kasih semua.
Dua minggu lepas, juga sangat memberi makna.Itu ke selatan.
Mesti terus berusaha. Demi kemaslahatan ummah.

Selepas ini ke mana ya? Timur atau barat?

Oh ya, selamat hari lahir!
Aiman, Asyraf dan Azlan.
posted by hukamaque @ 4:31 pm   0 comments
Friday, January 05, 2007
Lembaran Baru
Lembaran baru. Ada kejutan yang tak pernah saya sangka tapi selalu saya harapkan,segala pujian bagi Allah Yang Maha Memberi Rezeki, saya sekarang Associate 1. Satu sahaja lagi tangga untuk bergelar senior. Insya Allah, semoga punya segala kesempatan dan ruang untuk menjadi senior yang bukan sahaja cemerlang tapi menjadi qudwah terbaik buat bakal-bakal junior. Demi masa depan kalian. Semoga saya mampu melakar tradisi baru dalam dunia audit.

Hari ini juga mencatat sejarah baru. Saya kembali! Kembali mengisi undangan sebagai speaker di sekolah-sekolah atau program-program remaja. Kira-kiranya, sepanjang tahun lepas, saya cuma menumpukan perhatian pada kerja dan menyesuaikan diri dengan suasana dan tanggungjawab-tanggungjawab yang ada di Malaysia. Tadi, ada ketar yang bersarang dalam dada. Cuak!

Alhamdulillah. Sekali lagi saya titipkan rasa syukur yang amat kerana saya berjaya memenuhkan undangan tersebut. Terima kasih buat guru-guru dan pihak penganjur kerana memberi sepenuh kepercayaan untuk saya mengendalikan satu sesi bersama para pelajar. Titik baru,kerjaya baru.

Paling membahagiakan apabila usai majlis, adik-adik pelajar berhimpun dan kami dapat kenal-mengenal antara satu sama lain. Paling penting, satu suprise untuk Halim. Ya, memang sekolah itu sekolah Halim.Memang sengaja saya rahsiakan kehadiran saya pagi tadi. Ada juga Muntaz, Syai, Hakim ( adik si Suhail, ipar kepada Syed Umar) dan lain-lain.Ceria! Syukur..

Tahun baru bermula.Pandanglah kehadapan. Saya beriltizam menjadi yang terbaik dan jangan malas-malas.
posted by hukamaque @ 12:03 am   0 comments
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates