Saturday, June 23, 2007
Pieces 23
Saya cuba menyembunyikan riak terkejut apabila Fareez memberitahu usianya baru 20 tahun, lahir tahun 1987.Lantas, mengingatkan saya pada Wafi yang masih belajar di Australia.Ya, mereka sebaya. Bezanya, Fareez berhenti belajar di sebuah universiti tempatan dan memohon pekerjaan di ladang.

"Fareez tak menyesal berhenti belajar..?" .
"Menyesal tu ada jugalah.." dia menjawab perlahan.
"Nanti kalau ada rezeki, sambung tahu.."saya memberi cadangan, moga-moga ada yang terkesan di hatinya.

Tiba-tiba Fareez menjadi bahan cerita kami dan staf-staf ladang, kami semua (terutamanya saya) bimbang , kalau-kalau Fareez merasa tertekan dek beberapa kesilapan kecil tetapi menjadi isu besar dalam audit fieldwork saya. Kemudiannya, barulah saya tahu, Fareez seorang yang pendiam dan seringkali panik.

Petang hari terakhir kami di sana, selepas mesyuarat ladang, Fareez, tiba-tiba hilang!
Tuan Kasman mencari-cari Fareez. Saya amat perlukan bantuan Fareez untuk menghabiskan fieldwork.

A
khirnya, Fareez ditemui di ladang yang lain. Tak tahu apa dibuatnya, bersendiri. Apa yang saya tahu selepas itu, betapa Tuan Kasman sangat mengambil berat tentang Fareez, tugas penjaga stor memerlukan seorang yang amanah sepertinya. Dia memang innocent!

Menjelang malam, kerja saya hampir selesai dan Fareez pergi begitu sahaja.
Kami berhutang kepadanya. Ya, ucapan terima kasih sebagai penghargaan.
posted by hukamaque @ 10:29 am   0 comments
Tuesday, June 19, 2007
Pieces 22: Fareez
Pekerjaan saya membawa saya mengembara. Melihat alam dan belajar tentang selok belok dunia. Maha Kuasa Allah, inilah rahsia-Nya yang amat teliti.
Seminggu yang lepas, saya ke selatan tanah air , melawat sebetulnya bekerja di sebuah ladang kelapa sawit yang luasnya saujana mata memandang.

Oh ya, saya gagal dalam peperiksaan CA yang lepas. Pedih juga, tetapi alhamdulillah, saya perlahan-lahan cuba dan masih mencuba untuk menerima hakikat sebuah kegagalan. Perancangan Allah, kan perancangan yang terbaik!

Istimewanya kembara kali ini ialah saya ditugaskan membantu seorang senior. Seorang yang saya selalu perhatikan dari jauh, gayanya seorang yang soleh tapi saya dan beliau jarang-jarang sekali sapa-menyapa walaupun duduk di dalam satu pejabat.

Doa saya pada Allah, moga-moga perjalanan kali ini membuahkan satu ikatan ukhuwwah yang bermakna. Doa dan kata-kata Saidina Umar Al-Faruq saya semat di dada, ''jika mahu mengenali seseorang, mengembaralah bersamanya".

Percaya atau tidak, ladang merupakan sebuah dunia asing.Adakalanya, senior saya menyifatkan kembara kami kembara back to the future.
Di ladang itulah juga saya dihadapkan dengan pelbagai watak dan rupa manusia. Sejarah hidup yang berbeza, semuanya dipertemukan Allah di sebuah ladang. Tuan Kasman dan Fareez. Dua watak yang penuh kejutan dan warna-warni. Masyarakat penuai sawit yang rajin dan setia.Pada Rabb dan majikan.

Fareez, pertama kali mengenalinya, hati saya sudah berdetik ,sungguh dia seorang yang baik walaupun saya tahu dia seorang perokok. Audit kali ini, kami gelar audit Fareez, kerana banyak urusan dan masalah yang perlu diselesaikan bersama Fareez. Saya hanya dapat bertaaruf dengan Fareez sewaktu membuat stocktake, itu sahaja waktu terluang yang ada untuk membongkar rahsia hidupnya. Dia misteri!

"Saya muda lagi, baru dua puluh tahun.."




posted by hukamaque @ 10:14 pm   0 comments
Monday, June 04, 2007
Pieces 21
Ini kisah gelagat Halim dan Abu Dzar lagi. Malam ini selepas solat isyak, seperti tempoh hari, kedai mamak lagi. Kali ini, istimewanya , ada Rahman , abang kepada Halim. Rupa-rupanya, Rahman sahabat kepada Abu Dzar. Aduh, riuhnya. Adakalanya, saya yang sudah 'tua' ini , pening kepala melihat kerenah mereka.

Saya tidak tahu pula apa plan Halim dan Abu Dzar kali ini.Tetapi, pastinya, Halim dan saya sudah lama berpakat, kami mesti dapatkan Rahman untuk berusrah. Rahman, seorang yang sangat bijak, sederhana, berdikari, ada riak nakal tapi bersahaja.Peramah dan berkarisma.

Sesekali dalam rancak berbual, Halim dan Abu Dzar ada menyebut tentang kepentingan berusrah.Saya membuat mimik pelik apabila Halim seolah-olah cuba memberikan isyarat.
Mungkin, cuba "mencucuk-cucuk" Rahman yang kami panggil Aman.

Hmm...=]. Kelakarnya!
posted by hukamaque @ 10:30 pm   1 comments
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates