Thursday, October 18, 2007
Pieces 44
Selamat kembali kepada fitrah!

Syukur, alhamdulillah.Saya selamat kembali ke pejabat setelah empat hari bercuti.

Dah besar dan tua ini, saya memandang hari lebaran dari perspektif yang berbeza. Bukan lagi dari meriahnya mengumpul duit raya [duit raya, bang!] , baju mana yang mesti digayakan dahulu atau melawat ke rumah si anu dan si anu kerana ada mee goreng atau Ferrero Roche yang saban tahun mesti di makan!

Aidilfitri kali ini lebih bersifat kekeluargaan. Memandangkan masa yang ada terhad, saya memang banyak meluangkan masa dengan keluarga.Kecil dan besar.
Hari Raya ketiga barulah saya memandu untuk bertemu dengan kawan-kawan.

Esoknya, barulah saya memandu seorang diri ke Kuala Pilah , bertemu dengan adik kembar kami, Firdaus dan Ridhwan.

Keputusan CA tempoh hari diumumkan pada hari raya.Maaflah, gagal sekali lagi.
Saya diamkan sahaja.Mujur, alhamdulillah, ditawarkan supplementary exam.
[part nie, yang paling best.alhamdulillah]

Mungkin bunyinya , raya kali ini biasa-biasa sahaja.Tapi sangat bermakna!
Alhamdulillah.
posted by hukamaque @ 3:11 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates