Wednesday, September 26, 2007
Pieces 35
Tulisan ini saya petik dari blog Ustaz Muhammad Fauzi di http://www.satuperkongsian.wordpress.com/


Sebahagian dari pendakwah dan organisasi dakwah amat lantang melihat kemungkaran yang berlaku. Manakala sebahagian yang lain tidak begitu ambil peduli dan hanya menumpukan usaha menanam kembali nilai-nilai Islam yang murni. Masing-masing mempunyai hujahnya yang tersendiri walau pun secara peribadi, saya berpendapat sebahagian dari pendekatan tersebut bukanlah lahir dari ilmu sebaliknya banyak dipengaruhi oleh perwatakan dan karektor pendakwah dan pendukung organisasi dakwah tersebut.

Pendakwah sama seperti orang lain; mempunyai emosi dan perasaan. Ketakutan menjadikan dia membiarkan kemungkaran. Marah menjadikan dia melenting membantah. Ilmu akan mengawal pendakwah agar bertindak tidak berdasarkan emosi.
Kita membaca kisah Saidina Ali r.a. yang tiba-tiba membatalkan niat untuk membunuh musuh yang sudah pun jatuh di depan mata di medan perang kerana takut kalau-kalau tindakannya itu berpunca dari nafsu marahnya. Sebahagian sahabat r.a. yang tiba-tiba berasa takut untuk turut serta dalam perang Badar dirasionalkan kembali oleh peringatan Rasulullah s.a.w. Kalaulah bukan kerana ilmu, nescaya ketakutan akan menguasai mereka dan matilah jihad.

Membacanya membuka dimensi lebih jelas mengenai amar makruf nahi mungkar dan periksalah sejauh mana kita benar-benar melakukannya?
Tepuk dada tanyalah iman!
posted by hukamaque @ 2:27 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates