| Wednesday, October 03, 2007 |
| Pieces 42 |
Iktikaf. Bermulalah pencarian mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ada yang memilih untuk bermalam di masjid atau musolla, bertilawah dan berzikir.
Ini cerita saya kali ini. Saya memulakan amalan beriktikaf ini mulai tahun dua di universiti, di negara orang dan bukan negara sendiri. Bahkan, sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai amalan beriktikaf di sepuluh malam akhir Ramadhan.
Tahun pertama, saya tidak berapa ingat, bagaimana ceritanya.Tapi saya tahu , seorang akh dari Indonesia, yang mengajak saya menemaninya di Muslim Centre pada sepuluh malam akhir Ramadhan.
Tahun akhir pengajian, ya , barulah saya ber'iktikaf' di Muslim Centre .Kali ini memang meriah, pesertanya lebih ramai. Bawa segala tilam dan bantal ke sana.Cuma saya akan ke Muslim Centre selepas berhempas-pulas menyiapkan presentation subjek semester akhir di makmal komputer , belakang Muslim Centre.
Terima kasih Akh Agus Abdullah dan kawan-kawan, saya masih teringat bagaimana saya berjaga sepanjang malam-malam Ramadhan menyiapkan tugasan. Slaid-slaid, klip video dan mencetak brosur berwarna (menumpang pakai pencetak Akh Agus.Huhuhu.)
Apabila pulang ke Malaysia, alhamdulillah, saya berkesempatan memenuhkan malam-malam akhir di Masjid Negeri bersama dengan puluhan ahli masyarakat.Berbuka dan bersahur bersama. Juga meriah dengan tilawah Al-Quran, zikir, solat-solat sunat yang tidak pernah berhenti sehingga waktu subuh. Tidur pun di tepi-tepi dinding.
Sebenarnya, inilah yang memberikan feel pada Ramadhan lepas. Saya masih terkenangkan seorang junior, lebih kurang. Dia sangat gemarkan chess dan komputer.Liat juga nak mengajak dia ke aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Adalah sekali, saya mengajak dia beriktikaf bersama. Jawapannya, berbau-bau macam negatif.
Alhamdulillah, pada di masjid pada malam akhir Ramadhan, saya bertemunya! "Tengok, saya datang.." Cuma, itu tahun lepas, sekarang dia sudah tidak ada lagi di hadapan mata. Sibuk belajar dan berbisnes internet, khabarnya. Saya cuma mahu dia tahu, manfaatkanlah segala peluang yang ada. Saya masih meletakkan harapan . Saya juga masih ingatkan sabda Rasulullah s.a.w lebih kurang beginilah, mafhumnya [kalau salah, tolong betulkan!] :
"Orang yang hebat pada waktu jahiliyyahnya , akan menjadi orang yang hebat pada waktu islamnya, sekiranya dia faham."
Itu cerita tahun-tahun sebelum ini.Tahun ini?
Insya-Allah, saya akan ke surau berdekatan dengan kawasan rumah. Pagi-pagi tadi, kami sudah bersahur bersama. Perasaan yang sama. Iman dan ukhuwwah memuncak. Menghantar saya pulang ke kenangan lepas. Di tanah orang, saya mengenali bahawa islam adalah hak milik bersama.Biar berbeza warna kulit, telor bicara, akidah tetap sama.
Kalau dahulu, saya berkongsi rasa, idea, makanan bersama kawan-kawan dari Indonesia, Nigeria, Pakistan, Bangladesh, Australia, UK, Bosnia dan lain-lain. Pagi ini, masih lagi cerita yang lebih kurang sama, cuma kali ini pola masyarakat yang berbeza. Masyarakat kelas bawahan yang tinggal di rumah pangsa. Masih lagi ada dari Indonesia dan ada Filipina.
Biarlah, apa bezanya? Allah menilai taqwa, bukan rupa.
[Saya kena kerja lebih masa, insya Allah pada lima malam akhir, macamana? ]
|
posted by hukamaque @ 12:10 pm  |
|
|
|
|
|