Friday, September 14, 2007
Pieces 33
Alhamdulillah, Ramadhan 1428 sudah bermula.

Syukur juga, saya panjatkan kerana saya telah berjaya mendapat apa yang saya inginkan selama ini. Penghargaan.

Tetapi, hati kecil ini seakan tidak begitu gembira.
Saya mengaku. Demi penghargaan manusia yang tidak sebesar penghargaan Allah yang Amat Berkuasa,saya telah melepaskan beberapa perkara.

Saya tahu saya tersilap.
Alhamdulillah, Allah masih membuka peluang demi peluang untuk saya berjuang dan membaiki prestasi diri. Apabila saya hitung-hitungkan semula, saya sejujurnya perlukan apresiasi manusia untuk berjaya. Demi survival sebuah risalah sebenarnya.
Tetapi ibrah sejarah mengajarkan, Allah adalah segala-galanya. Allah memegang hati manusia.

Berhenti mengemban tanggungjawab bukan satu jalan keluar.
Teruskan berusaha.

Catatan dan pertemuan demi pertemuan bermakna Ramadhan ini!
Allahumma jurli fee museebati wakhlufli khairan minhaa.

Berharap agar dapat bertemu jiwa-jiwa yang segar selalu..
Akmal, Zaed, Nik terutamanya..
Pertemukanlah kami di bawah berkat Ramadhan-Mu..
posted by hukamaque @ 12:58 am  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates