Friday, August 31, 2007
Pieces 29
Benar, saya berada di titik lemah ketika ini. Mungkin. Perlahan-lahan juga saya menyimpan azam untuk bangun walaupun saya tahu tabiat iman manusia yang adakalanya yazid wa yanquz mungkin akan membawa saya kembali ke titik ini.

Manusia berubah. Setuju, zaman remaja adalah zaman indah yang begitu manis untuk kita kecapi bersama. Perjalanan merentas usia mematangkan manusia dan juga merubah keperibadian manusia.Pilihlah simpang kanan atau kiri.

Malam merdeka yang tak mungkin saya lupakan. Satu titik perhentian setelah saya mengalami perubahan yang melelahkan, saya mungkin berasa sihat .Tetapi syukur , alhamdulillah ada suara-suara prihatin yang ikhlas memberitahu, saya perlahan-lahan berubah.

Bagaikan batu, tetap lunak dek air yang deras, walaupun secara perlahan-lahan.
Semoga saya masih belum terlambat. Memang belum lagi, insya Allah.
Hidup ini adalah realiti. Bebanan yang digalas kini bukan hanya sebuah beg berisi nota dan teks kuliah. Istiqamah adalah sesuatu yang tidak mustahil tetapi mencabar.
Saya baru setahun dua di sini, tetapi hidup sudah tidak segan silu menduga dengan itu dan ini.

Merdekalah gaya Rib'i bin Amr...
Selamat melangkah, mengharung ranjau, kerana kita hidup untuk mencipta sejarah.
Biar bermakna selama-lamanya.

Malam kemerdekaan, saya menyambutnya dengan duduk beriman bersama!
Paling bermakna dan semoga dengan izin-Nya kita akan tetap begini selama-lamanya!
Bebaskan seluruhmu, saudaraku!
posted by hukamaque @ 12:09 am   0 comments
Friday, August 24, 2007
Pieces 28
Aku rasa aku tak kalah lagi.
Berusaha!
posted by hukamaque @ 3:53 pm   0 comments
Pieces 27
Sekali perasaan semacam ini datang. Tewas! Lemah dan tidak berdaya. Wahai Allah, yang mengatur perjalanan alam. Apakah aku telah tersalah pilih, simpang mana yang patut aku lalui?
Ya Rabbi, saya kecewa. Bahkan saya takut.

Salahkah saya? Terlalukah saya mencintai dan mengharap? Adakah cinta dan ruh islami itu benar-benar menggetar sekarang? Barangkali sebenarnya, alunan suara, semangat itu telah lama berhenti menggumam dan saya hanya hidup dalam metafora silam semata-mata?

Kenangan itu memberikan secebis inspirasi untuk hidup. Zaman indah yang telah berlalu. Tetapi, jujurnya saya berharap cerita yang sama akan berulang kembali, doakan.

Ya Rabbi, saya mengharapkan mimpi indah, ya Rabb.
Untuk saya dan mereka.

Mungkin saya sebenarnya belum kalah.
Mereka saya impikan berjaya dan bahagia.
dan saya juga akan merasa puas.

Dengarlah, Ya Rabb..
posted by hukamaque @ 9:40 am   0 comments
Wednesday, August 08, 2007
Pieces 26
Teman, andai aku kau lupai,
Aku tetap mengingatimu,
Andai aku kubenci,
Aku tetap mendampingimu.

Teman,andai racun yang kauhulur,
madu kan kupulangkan.
Andai pedang yang kauhunus,
Tubuhku kan kuserahkan.

Ketahuilah,
Aku cuma ingin akan kebaikan buatmu,
Kerana kau saudara seaqidahku,
Kerana kau hamba Tuhanku,
Kerana Allah kita bersatu.

Ketahuilah,perjuangan ini masih panjang,
Tidak usai sepagi sepetang,
Sebaliknya berterusan ke liang,
Bertalu-talu ujian mendatang,
Tapi,
Kuharap kita kan tetap berpegang,
Kalimah Allah terus dijulang.
Dari Allah kita mendatang,
Kepada-Nya kita kan pulang.

Sentuhan paling istimewa: Seseorang yang selalu dekat di hati .=]

Terima kasih , Allah .Untuk sebuah pelajaran, semalam!
Alhamdulillah, saya masih mampu menghayun langkah!
posted by hukamaque @ 9:45 am   0 comments
Monday, August 06, 2007
Pieces 25
I'm writing here as if i'm not going to work today.

Tiga minggu berlalu. Saya terlalu sibuk, atau hanya saya yang mengatakan sibuk. Dua minggu pertama, saya merasakan ada ketulan dalam mata dan mata saya merah. Saya tidak ke klinik. Anggapan saya mungkin saya mengantuk atau, biasalah, KL ....tercemar dengan segala macam jenis keturunan asap.

Minggu pertama, saya menghantar projek CA untuk kali ini. Tidur mula tunggang terbalik. Isnin, minggu berikutnya, purata waktu tidur saya 1-2 pagi setiap hari, kecuali Jumaat setelah saya menghantar fail untuk diperiksa.

Minggu ketiga, siang saya menghadiri training selain terkejar-kejar untuk menyiapkan akaun untuk ditandatangan oleh partner. Balik malam jugak, kecuali Rabu, saya nekad balik awal untuk ke kelas agama.Mati jiwa rasanya, kalau tidak duduk beriman sejenak.Hari yang sama saya curi-curi bertemu Aiman dan Izzat. =]

Tak dilupakan juga , Sabtu dan Ahad (hujung minggu lepas) , saya ada CA workshop yang bernilai 15% dari keseluruhan markah.Saya dan kawan-kawan akhirnya , curi-curi buat persediaan di dalam training, sebab malam tak sempat, kan..(kena kerja).

Tidur seperti biasa sangat tunggang terbalik, sehinggalah kelmarin,Sabtu saya demam memanjang .Ibu di kampung sudah mula marah-marah, kerana saya tak jaga kesihatan. Tapi, jadi auditor, saya rasa dah tiada siapa yang boleh membantu dan kalau ada pun, mereka mungkin buat tak tahu sahaja. Bak kata senior saya, "alah, kalau kau cakap kau kena balik belajar untuk exam ..bla..bla..bla, tak ada siapa pun peduli.."

Memang betul!

Hari pertama , workshop saya tidak disoal. Wah, nampaknya saya kena buat persediaan untuk bab hari seterusnya, sebab kami target kena soal hari pertama.Akhirnya, saya dengan demam dan letihnya membuat persiapan bab 3.Saya tinggalkan bab 4 sebab saya agak, esok pagi-pagi adalah giliran saya. Akhirnya, selesai sesi bab 3, tinggal saya dan mungkin seorang lagi yang belum disoal.

Alamak, maknanya saya mungkin disoal bab 4.Tak sedia langsung! Alhamdulillah, saya cuba mengawal diri dan bertenang sewaktu disoal.Buat lagak pandai, walaupun saya sendiri kurang pasti apa yang disoal.

Cuma, bila sibuk-sibuk macam ini.Saya rasa bersalah pada keluarga, rakan-rakan seusrah dan adik-adik usrah saya.

Mereka selalu saya bawa bersama.Dalam ingatan dan kenangan.Mereka dekat di hati .

[Saya nak ke klinik pagi ini..]
posted by hukamaque @ 7:23 am   1 comments
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates