Wednesday, May 30, 2007
Pieces 20
Masih ingat akan Halim? Remaja kecil berjiwa besar yang saya ceritakan dulu?
Hari ini, saya bertemunya di surau bersama seorang lagi daie kecil bernama Abu Dzar.
Melapangkan masa bersama dua adik kecil ini sungguh menyenangkan.

Saya amat mengagumi Abu Dzar. Dahulu, sewaktu saya baru mula-mula bekerja dan tinggal di kota besar Lembah Kelang ini, saya seringkali memerhatikannya. Ya, memerhatikan kesungguhan sesusuk tubuh kecil mengumpul teman-teman sebaya agar dapat duduk bersama dan berusrah. Acapkali juga saya bertanya, "itu dia, saya bagaimana?"

Saya masih ingat, saya akan duduk curi-curi mendengar perbualan mereka. Inti perbincangan mereka mudah dan tidak membebankan. Tilawah Al-Quran , persoalan akhlak dan pernah sekali sirah khilafah Abbasiyah. Wah, hebat!

Malam ini, Halim mengajak kami berdua makan roti canai. Saya tahu, dia sedang mencuba sesuatu yang baru. Saya biarkan. Praktikal dakwah fardiyah sebenarnya, buat Halim, daie muda yang bersemangat dan mahu mencuba.

Dia bercerita dan saya mendengar. Cerita tentang sasaran dakwahnya, aktiviti-aktiviti surau dan abangnya. Sesekali ada ketawa. Dia menghantar saya pulang. Terbalik. Tak mengapa, sekali sekala, biarkan dia belajar. Semoga kalian berdua sukses!

Alhamdulillah. Bintang mengerdip senyum malam ini, saya bahagia.
posted by hukamaque @ 10:06 pm   0 comments
Tuesday, May 29, 2007
Pieces 19
Saya pernah sangsi kepadanya.Saya juga tidak pernah memberikannya peluang untuk dia membuktikan cintanya.Adilkah, saya?

Benar, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Amat Mengetahui.
Kesukaran yang datang berganti-ganti dengan bahagia menjadikan hidup ini indah. Tanpa gelap, maka cahaya tidak akan berdaya untuk bersinar. Tanpa sepi, apalah maknanya riang dan ceria tak akan bermakna tanpa duka.

Saya tahu saya perlu akur dengan ketentuan Allah. Semuanya sudah tertulis kemas. Pena telah diangkat dan dakwat telah pun kering. Berlakon dan membuat pilihan, antara dua jalan, baik atau buruk.

Selalunya, kita akan merasakan lelah dan tidak lagi mampu untuk bertahan. Ya, begitulah saya dua tiga hari lalu waima waktu ini.

Saya belajar dengan perit walaupun saya terlalu inginkan cerita indah pari-pari dalam menjalani kehidupan. Adakalanya , saya benar-benar tersungkur! Tak terdaya!
Ya Allah, syukur .

Bahagia adakalanya datang dengan wajah yang berbeza.Tapi, yakinlah, Allah Amat Adil. Pintu langit memang selalu terbuka dan rahmat berlari-lari turun.Mungkin saya terluka di tempat kerja tapi saya tahu di sekeliling saya ada ramai manusia yang mencintai saya.

Ibu, saya mencintaimu. Terlalu. Kedegilan saya barangkali sering membuatmu gusar. Kita memang tidak pernah sama.Engkau lebih tenang dan bersahaja. Saya cuma mahu dia tahu, dia cukup istimewa, bersama ayah. Kali ini, saat kau membisikkan nasihat, aku tahu ada cinta yang mengalir walaupun pada malam-malam lalu , bicaramu cukup keras. Terima kasih.

Teristimewa juga, buat adik-adik, gelak tawa kalian menyebabkan aku senang dan bahagia. Sungguh, aku tahu, Allah tidak pernah mengecewakan!

Kita memang akan diduga, ingatlah janji Allah di setiap kesusahan itu akan ada kesenangan.
"Terimalah semuanya sebagai tarbiyah, yang akan menjadikan kita lebih kuat.."
"Rezeki, bukan mereka yang menentukan, kalau Allah nak bagi..dia akan bagi.."
"Selalulah meminta pada Allah."
"Qiamullail.."
"Bertahanlah..."

Terima kasih, engkau membuktikan kesungguhan, cinta dan keprihatinanmu, naqibku.

"Jangan terlalu merasa memiliki dan jangan menomborduakan Tuhan.." nukil Faisal Tehrani dalam Tunggu Teduh Dulu.

Ya, setuju.
posted by hukamaque @ 10:32 pm   1 comments
Thursday, May 17, 2007
Pieces 18
Tinggalkanlah dosa; samada yang besar atau yang kecil. Itulah yang dinamakan takwa. Berlakonlah seolah-olah kamu seorang pejalan kaki di atas jalan yang penuh duri, berhati-hati terhadap apa yang dilihatnya. Jangan sekali-kali memperlekehkan dosa kecil, kerana sesungguhnya bukit berasal dari batu kerikil.

www.satuperkongsian.wordpress.com

www.azarisma.wordpress.com
posted by hukamaque @ 10:56 pm   0 comments
Pieces 17
Tanamlah kasih sayang nescaya anda akan menuai manis cinta yang tiada taranya.

Kekalutan dan kegalauan hidup hari ini adalah kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Rehat adalah saatnya ketika kaki kananmu melangkah buat kali pertama ke dalam taman firdausi..

Nikmati setiap saat dan bermimpilah akan keindahan balasan Tuhan yang abadi.
Dunia hanyalah umpama jari yang dicicip ke permukaan lautan yang maha luas..


Ya Allah, berilah hidayahmu seperti selalu..
Risalahmu membezakan!
posted by hukamaque @ 12:15 am   0 comments
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates