| Wednesday, February 28, 2007 |
| Pieces 11 |
Kehidupan ini adalah sekolah. Tempat terbaik untuk manusia belajar untuk menjadi manusia. Kadang-kadang kita lelah, mengah atau jatuh terduduk. Ada waktunya kita juga pernah berada di puncak, menyentuh awan-gemawan.
Saya hari ini pulang awal. Rezeki yang Allah berikan. Waktu lapang, cadang saya mahu duduk tenang dan belajar untuk peperiksaan. Ujian lepas, saya mencatat prestasi kurang baik. Semangat saya untuk bekerja, makin pudar, jujurnya. Saya masih mahu bertahan.Senior saya, berhenti kerja hari ini. Kawan saya yang sudah bersuami, juga merancang untuk berhenti. Seorang lagi, nekad untuk berhenti.
Berhenti buat masa ini bukan pilihan terbaik, agaknya.Tapi inilah cubaan dan pelajaran yang Allah mahu saya harungi dengan sabar dan sehabis baik mengingatiNya.
Sesudah Asar, saya mendekati Abang Samah. Dia adalah kawan rahsia saya, saat saya hampir terduduk waktu sakit dahulu, dalam keadaan tertekan, dia datang membantu.Mengurut tapak tangan dan kaki.Hari ini, dia datang membantu, refleksologi tangan dan kaki.Paling penting, Allah menuliskan, dia memberikan saya refleksologi hati.
Dia orangnya sangat simple, orang tabligh. Pendapatan hariannya, kais pagi , makanlah pagi dan kalau ada rezeki waktu petang, kenyanglah waktu malam, hanya dengan kepakarannya mengurut.
Petang tadi, saya hampir meluahkan semuanya pada Abang Samah, kekalutan dan kelelahan saya.Dia memujuk dan sebetulnya dia cuba memahami. Waktu ini adalah waktu sukar, tetapi seharusnya saya mesti bersyukur kerana Allah masih memberikan saya kekuatan, izinNya dan dorongan sekurang-kurangnya saya boleh bersolat dan beramal fardi.Betapa ramainya manusia di luar sana yang masih tidak kenal Allah, melalaikan ibadah dan tidak tahu arah tujuan hidupnya.
"Akim, kadang-kadang apabila kita susah, kita kena merayu.Merayu kepada yang mendatangkan masalah, kerana Dia sahajalah yang mampu menghilangkannya. Kita kena sangka baik, Dia memberikan kita masalah, kerana mahu kita berfikir.Fikir adalah satu keistimewaan yang Allah beri kepada para anbiya'.Berfikir tentang ummat. Bagaimana mahu menyelamatkan ummat.Otak yang bermasalah akan berfikir.."
Ya, dan saya mengangguk jauh di dalam hati.
"Dunia memang penuh dengan masalah.Beza Akim dan pelajar-pelajar sekolah, mereka masih belum bertemu dengan dunia yang sebenar.Masalah mereka hanyalah matapelajaran-matapelajaran."
Masalah dunia akan menjadi kecil, jika kita menghijrahkan diri kita ke akhirat.Akhirat itu luas dan dunia ini kecil. Akim, sebutlah Al-Jabbar, kerana kekuatan Allah sahajalah yang mampu mengatasi semuanya. Di dunia ini, kita perlu menjadi hero,tetapi kita perlukan Al-Jabbar.
Alhamdulillah, segalanya saya titipkan buat Pencipta saya, Allah yang Amat Bijaksana, tidak ada sehelai daun yang gugur di alam fana' ini melainkan , Dia mengetahuinya, apatah lagi masalah saya yang hakikatnya kecil ini. Abang Samah, mungkin tampak seperti peminta sedekah yang compang-camping, tetapi petang ini, saya merasakan dia adalah ahli falsafah yang bahagia dengan hidupnya.
Cinta adalah ruh pada agama, bisiknya pada saya. Benar, saya juga masih mengingati pesan muallim saya, berbuatlah amal islami bukan kerana merasakan berat beban yang terpikul atau takut akan azabNya, kelak.Tapi berbuatlah atas dasar cinta, kerana Allah.
Ketahuilah, cinta adalah kekuatan tak terlawankan, manusia sanggup mati kerananya. Apatah lagi, kerana Allah.
Marilah beramal kerana Allah , demi ummat ini! Doakan kebaikan untuk semua. Semoga catatan ini bermanfaat. Saya cuma mahu berkongsi dan memberi makna dalam kehidupan. Noktah.
|
posted by hukamaque @ 6:35 pm  |
|
|
|
| Sunday, February 18, 2007 |
| Buku Autograf |
Masa adalah kehidupan.Tidak boleh ditukar, diganti atau dibeli.Berlalu maknanya lepas. Kita hari ini adalah natijah kepada piihan-pilhan kita pada masa lepas dan kita sebenarnya sedang membuat pilihan demi pilihan demi kehidupan pada hari-hari mendatang.
Buku autograf.Namakan apa sahaja.Sewaktu dihujung zaman anak sekolahan dahulu, saya pernah memiliki sebuah.Kemudian, tabiat ini saya teruskan ketika di zaman kolej persediaan.Tamat.
Hari ini, saya buka kembali buku yang berkulit hijau pucuk pisang itu.Seingat saya, saya membelinya di Kedai Buku Popular.Penuh warna-warni.Seribu satu rahsia, ragam dan cerita-cerita kawan-kawan di kolej.Tujuan asalnya, cuma mahu mencari nombor telefon rumah teman sebilik lama dahulu. Saya senyum sendiri ketika membuka helaian-helaian yang diconteng, dilukis, ditampal dengan daun dan macam-macam lagi. gaya kreativiti tersendiri.
Saya tersentuh dengan tiga catatan sahabat saya. Dua teman sebilik yang sangat berbeza cara dan gaya.Seorang agak pendiam, berahsia tapi masih seorang teman yang menyenangkan .Sahabat kedua, suka menyakat saya, agaknya dari apa yang dicatat beliau.Penggemar lasagna. Pastinya kami dewasa bersama dan meneruskan perjalanan ke negara orang.Kami akhirnya belajar menjadi manusia dan bersatu dalam ikatan yang lebih kukuh dari persahabatan biasa.
Sahabat saya mengingatkan saya tentang pertemuan pertama kami.Gemarnya saya akan nasyid, terutamanya UNIC. Saya juga terlupa bahawa saya pernah mengagumi Syed Mokhtar Al-Bukhary, dahulu. Hari ini, saudaraku, terima kasih atas catatanmu yang memberikan aku kekuatan untuk terus bercita-cita.Insya Allah.
HNC,NN,MMZ..
Di sini, saya catatkan kembali catatan yang menggugah dan membakar semangat saya kala ini.
Ingatlah Akim,hidup ini seperti lautan yang penuh dengan substance yang baik dan juga buruk.Tapi kita akan sentiasa selamat jika kita berada di atas sebuah "kapal".Namun ingatlah, "kapal" boleh tenggelam.Walaupun bukan kita yang membocorkan kapal itu, tetapi orang lain,namun kita tetap akan tenggelam bersama-sama orang yang membocorkan "kapal" itu.So what should we do? "Apa yang kau tahu.."Hehe.Renungkan. Ilaliqa, wassalam.
[catatan lebih kurang 5 tahun dulu..]
|
posted by hukamaque @ 6:49 pm  |
|
|
|
| Wednesday, February 14, 2007 |
| Pieces 10 |
Segala pujian hanya untuk Allah, Rabb yang telah menjadikan kita dengan tujuan untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW, para sahabat dan keluarga baginda.
Kelelahan.Penat yang bercampur dengan perasaan putus asa, bimbang, sedih menjengah petang tadi.Draf akaun banyak yang tak sama pada bahagian disclosure. Kadangkala saya fikirkan, adakah saya terlalu inginkan dunia? Hingga Allah mencampakkan semuanya kepada saya? Saya melangkah longlai petang tadi di sekitar bandar Shah Alam. Kerdilnya saya dan betapa agungnya Allah!
Saya merenung cemburu dengan orang-orang yang saya temui di sepanjang jalan. Bagaikan tiada masalah. Tapi, Subhanallah, Amat Suci Engkau, Ya Allah.. Saya masih lagi mampu berfikir waras, Subhanallah, kesibukan saya bekerja telah menjauhkan saya dari kelalaian-kelalaian dunia yang lain. Bekerjalah demi islam! Jika anda hanya tahu memanjat pokok, panjatlah demi islam. Jika anda pelajar, belajarlah demi masa depan islam!
Cuma, sekarang saya amat perlukan kekuatan. Doa dan cinta kalian. Harapan dan semangat.Saya bertahan.Wajib. Demi masa depan, dunia yang lebih indah.. |
posted by hukamaque @ 11:02 pm  |
|
|
|
| Wednesday, February 07, 2007 |
| Pieces 9 |
Wafi, Selamat hari lahir. semoga Allah memberkati dan membimbing setiap jejak langkahmu selalu.
-abg-
Things seem to be ok lately. Fair enough, alhamdulillah. Strangling with things like work, exams and the best job to be done in the world, which is daawah. I must keep my faith, imaan stronger as the hardship to endure is even greater than last year. But, i do believe that Allah will always being just to us. Some sort of happiness..and laughter will cherish this year.
aiman is back.alhamdulillah. =] New faces, new story to begin and new love to uphold Afterall, lets strive for the sake of Allah. |
posted by hukamaque @ 8:14 am  |
|
|
|
|
|