Wednesday, August 08, 2007
Pieces 26
Teman, andai aku kau lupai,
Aku tetap mengingatimu,
Andai aku kubenci,
Aku tetap mendampingimu.

Teman,andai racun yang kauhulur,
madu kan kupulangkan.
Andai pedang yang kauhunus,
Tubuhku kan kuserahkan.

Ketahuilah,
Aku cuma ingin akan kebaikan buatmu,
Kerana kau saudara seaqidahku,
Kerana kau hamba Tuhanku,
Kerana Allah kita bersatu.

Ketahuilah,perjuangan ini masih panjang,
Tidak usai sepagi sepetang,
Sebaliknya berterusan ke liang,
Bertalu-talu ujian mendatang,
Tapi,
Kuharap kita kan tetap berpegang,
Kalimah Allah terus dijulang.
Dari Allah kita mendatang,
Kepada-Nya kita kan pulang.

Sentuhan paling istimewa: Seseorang yang selalu dekat di hati .=]

Terima kasih , Allah .Untuk sebuah pelajaran, semalam!
Alhamdulillah, saya masih mampu menghayun langkah!
posted by hukamaque @ 9:45 am  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates