Friday, August 31, 2007
Pieces 29
Benar, saya berada di titik lemah ketika ini. Mungkin. Perlahan-lahan juga saya menyimpan azam untuk bangun walaupun saya tahu tabiat iman manusia yang adakalanya yazid wa yanquz mungkin akan membawa saya kembali ke titik ini.

Manusia berubah. Setuju, zaman remaja adalah zaman indah yang begitu manis untuk kita kecapi bersama. Perjalanan merentas usia mematangkan manusia dan juga merubah keperibadian manusia.Pilihlah simpang kanan atau kiri.

Malam merdeka yang tak mungkin saya lupakan. Satu titik perhentian setelah saya mengalami perubahan yang melelahkan, saya mungkin berasa sihat .Tetapi syukur , alhamdulillah ada suara-suara prihatin yang ikhlas memberitahu, saya perlahan-lahan berubah.

Bagaikan batu, tetap lunak dek air yang deras, walaupun secara perlahan-lahan.
Semoga saya masih belum terlambat. Memang belum lagi, insya Allah.
Hidup ini adalah realiti. Bebanan yang digalas kini bukan hanya sebuah beg berisi nota dan teks kuliah. Istiqamah adalah sesuatu yang tidak mustahil tetapi mencabar.
Saya baru setahun dua di sini, tetapi hidup sudah tidak segan silu menduga dengan itu dan ini.

Merdekalah gaya Rib'i bin Amr...
Selamat melangkah, mengharung ranjau, kerana kita hidup untuk mencipta sejarah.
Biar bermakna selama-lamanya.

Malam kemerdekaan, saya menyambutnya dengan duduk beriman bersama!
Paling bermakna dan semoga dengan izin-Nya kita akan tetap begini selama-lamanya!
Bebaskan seluruhmu, saudaraku!
posted by hukamaque @ 12:09 am  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates