Ini kisah gelagat Halim dan Abu Dzar lagi. Malam ini selepas solat isyak, seperti tempoh hari, kedai mamak lagi. Kali ini, istimewanya , ada Rahman , abang kepada Halim. Rupa-rupanya, Rahman sahabat kepada Abu Dzar. Aduh, riuhnya. Adakalanya, saya yang sudah 'tua' ini , pening kepala melihat kerenah mereka.
Saya tidak tahu pula apa plan Halim dan Abu Dzar kali ini.Tetapi, pastinya, Halim dan saya sudah lama berpakat, kami mesti dapatkan Rahman untuk berusrah. Rahman, seorang yang sangat bijak, sederhana, berdikari, ada riak nakal tapi bersahaja.Peramah dan berkarisma.
Sesekali dalam rancak berbual, Halim dan Abu Dzar ada menyebut tentang kepentingan berusrah.Saya membuat mimik pelik apabila Halim seolah-olah cuba memberikan isyarat. Mungkin, cuba "mencucuk-cucuk" Rahman yang kami panggil Aman.
Hmm...=]. Kelakarnya! |
salam hakim. saja datang menjenguk :)