| Saturday, June 23, 2007 |
| Pieces 23 |
Saya cuba menyembunyikan riak terkejut apabila Fareez memberitahu usianya baru 20 tahun, lahir tahun 1987.Lantas, mengingatkan saya pada Wafi yang masih belajar di Australia.Ya, mereka sebaya. Bezanya, Fareez berhenti belajar di sebuah universiti tempatan dan memohon pekerjaan di ladang.
"Fareez tak menyesal berhenti belajar..?" . "Menyesal tu ada jugalah.." dia menjawab perlahan. "Nanti kalau ada rezeki, sambung tahu.."saya memberi cadangan, moga-moga ada yang terkesan di hatinya.
Tiba-tiba Fareez menjadi bahan cerita kami dan staf-staf ladang, kami semua (terutamanya saya) bimbang , kalau-kalau Fareez merasa tertekan dek beberapa kesilapan kecil tetapi menjadi isu besar dalam audit fieldwork saya. Kemudiannya, barulah saya tahu, Fareez seorang yang pendiam dan seringkali panik.
Petang hari terakhir kami di sana, selepas mesyuarat ladang, Fareez, tiba-tiba hilang! Tuan Kasman mencari-cari Fareez. Saya amat perlukan bantuan Fareez untuk menghabiskan fieldwork.
Akhirnya, Fareez ditemui di ladang yang lain. Tak tahu apa dibuatnya, bersendiri. Apa yang saya tahu selepas itu, betapa Tuan Kasman sangat mengambil berat tentang Fareez, tugas penjaga stor memerlukan seorang yang amanah sepertinya. Dia memang innocent!
Menjelang malam, kerja saya hampir selesai dan Fareez pergi begitu sahaja. Kami berhutang kepadanya. Ya, ucapan terima kasih sebagai penghargaan.
|
posted by hukamaque @ 10:29 am  |
|
|
|
|
|