| Wednesday, May 30, 2007 |
| Pieces 20 |
Masih ingat akan Halim? Remaja kecil berjiwa besar yang saya ceritakan dulu? Hari ini, saya bertemunya di surau bersama seorang lagi daie kecil bernama Abu Dzar. Melapangkan masa bersama dua adik kecil ini sungguh menyenangkan.
Saya amat mengagumi Abu Dzar. Dahulu, sewaktu saya baru mula-mula bekerja dan tinggal di kota besar Lembah Kelang ini, saya seringkali memerhatikannya. Ya, memerhatikan kesungguhan sesusuk tubuh kecil mengumpul teman-teman sebaya agar dapat duduk bersama dan berusrah. Acapkali juga saya bertanya, "itu dia, saya bagaimana?"
Saya masih ingat, saya akan duduk curi-curi mendengar perbualan mereka. Inti perbincangan mereka mudah dan tidak membebankan. Tilawah Al-Quran , persoalan akhlak dan pernah sekali sirah khilafah Abbasiyah. Wah, hebat!
Malam ini, Halim mengajak kami berdua makan roti canai. Saya tahu, dia sedang mencuba sesuatu yang baru. Saya biarkan. Praktikal dakwah fardiyah sebenarnya, buat Halim, daie muda yang bersemangat dan mahu mencuba.
Dia bercerita dan saya mendengar. Cerita tentang sasaran dakwahnya, aktiviti-aktiviti surau dan abangnya. Sesekali ada ketawa. Dia menghantar saya pulang. Terbalik. Tak mengapa, sekali sekala, biarkan dia belajar. Semoga kalian berdua sukses!
Alhamdulillah. Bintang mengerdip senyum malam ini, saya bahagia. |
posted by hukamaque @ 10:06 pm  |
|
|
|
|
|