Sunday, February 18, 2007
Buku Autograf
Masa adalah kehidupan.Tidak boleh ditukar, diganti atau dibeli.Berlalu maknanya lepas.
Kita hari ini adalah natijah kepada piihan-pilhan kita pada masa lepas dan kita sebenarnya sedang
membuat pilihan demi pilihan demi kehidupan pada hari-hari mendatang.

Buku autograf.Namakan apa sahaja.Sewaktu dihujung zaman anak sekolahan dahulu, saya pernah memiliki
sebuah.Kemudian, tabiat ini saya teruskan ketika di zaman kolej persediaan.Tamat.

Hari ini, saya buka kembali buku yang berkulit hijau pucuk pisang itu.Seingat saya, saya membelinya di Kedai Buku Popular.Penuh warna-warni.Seribu satu rahsia, ragam
dan cerita-cerita kawan-kawan di kolej.Tujuan asalnya, cuma mahu mencari nombor telefon rumah teman sebilik lama dahulu.
Saya senyum sendiri ketika membuka helaian-helaian yang diconteng, dilukis, ditampal dengan daun dan macam-macam lagi.
gaya kreativiti tersendiri.

Saya tersentuh dengan tiga catatan sahabat saya.
Dua teman sebilik yang sangat berbeza cara dan gaya.Seorang agak pendiam, berahsia tapi masih seorang teman
yang menyenangkan .Sahabat kedua, suka menyakat saya, agaknya dari apa yang dicatat beliau.Penggemar lasagna.
Pastinya kami dewasa bersama dan meneruskan perjalanan ke negara orang.Kami akhirnya belajar menjadi manusia
dan bersatu dalam ikatan yang lebih kukuh dari persahabatan biasa.

Sahabat saya mengingatkan saya tentang pertemuan pertama kami.Gemarnya saya akan nasyid, terutamanya UNIC.
Saya juga terlupa bahawa saya pernah mengagumi Syed Mokhtar Al-Bukhary, dahulu.
Hari ini, saudaraku, terima kasih atas catatanmu yang memberikan aku kekuatan untuk
terus bercita-cita.Insya Allah.

HNC,NN,MMZ..

Di sini, saya catatkan kembali catatan yang menggugah dan membakar semangat saya kala ini.

Ingatlah Akim,hidup ini seperti lautan yang penuh dengan substance yang baik dan juga buruk.Tapi kita akan
sentiasa selamat jika kita berada di atas sebuah "kapal".Namun ingatlah, "kapal" boleh tenggelam.Walaupun
bukan kita yang membocorkan kapal itu, tetapi orang lain,namun kita tetap akan
tenggelam bersama-sama orang yang membocorkan "kapal" itu.So what should we do?

"Apa yang kau tahu.."Hehe.Renungkan.
Ilaliqa, wassalam.

[catatan lebih kurang 5 tahun dulu..]
posted by hukamaque @ 6:49 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates