| Friday, January 05, 2007 |
| Lembaran Baru |
Lembaran baru. Ada kejutan yang tak pernah saya sangka tapi selalu saya harapkan,segala pujian bagi Allah Yang Maha Memberi Rezeki, saya sekarang Associate 1. Satu sahaja lagi tangga untuk bergelar senior. Insya Allah, semoga punya segala kesempatan dan ruang untuk menjadi senior yang bukan sahaja cemerlang tapi menjadi qudwah terbaik buat bakal-bakal junior. Demi masa depan kalian. Semoga saya mampu melakar tradisi baru dalam dunia audit.
Hari ini juga mencatat sejarah baru. Saya kembali! Kembali mengisi undangan sebagai speaker di sekolah-sekolah atau program-program remaja. Kira-kiranya, sepanjang tahun lepas, saya cuma menumpukan perhatian pada kerja dan menyesuaikan diri dengan suasana dan tanggungjawab-tanggungjawab yang ada di Malaysia. Tadi, ada ketar yang bersarang dalam dada. Cuak!
Alhamdulillah. Sekali lagi saya titipkan rasa syukur yang amat kerana saya berjaya memenuhkan undangan tersebut. Terima kasih buat guru-guru dan pihak penganjur kerana memberi sepenuh kepercayaan untuk saya mengendalikan satu sesi bersama para pelajar. Titik baru,kerjaya baru.
Paling membahagiakan apabila usai majlis, adik-adik pelajar berhimpun dan kami dapat kenal-mengenal antara satu sama lain. Paling penting, satu suprise untuk Halim. Ya, memang sekolah itu sekolah Halim.Memang sengaja saya rahsiakan kehadiran saya pagi tadi. Ada juga Muntaz, Syai, Hakim ( adik si Suhail, ipar kepada Syed Umar) dan lain-lain.Ceria! Syukur..
Tahun baru bermula.Pandanglah kehadapan. Saya beriltizam menjadi yang terbaik dan jangan malas-malas. |
posted by hukamaque @ 12:03 am  |
|
|
|
|
|