| Tuesday, January 09, 2007 |
| Menangis |
Seorang kakak senior yang duduk di hadapan saya, hari ini mengalir airmatanya. Cuma mahu menjadi suri rumah. Mahu berhenti katanya. Saya cuma dapat melukiskan wajah simpati.
Petang ini, saya curi-curi membaca blog kawan-kawan sewaktu belajar. Akhirnya, empangan saya pula pecah. Rindu.Kekuatan iman, amal dan ukhuwwah. Penat tetapi apa yang saya tahu saya perlu tetap kekal ceria dan bersemangat!
Mungkin hari ini kena stay up di pejabat. Dua tiga hari lepas, jalan-jalan yang sangat bermakna. Kenangan yang manis dan menyeronokkan.Utara.Terima kasih Allah, terima kasih semua. Dua minggu lepas, juga sangat memberi makna.Itu ke selatan. Mesti terus berusaha. Demi kemaslahatan ummah.
Selepas ini ke mana ya? Timur atau barat?
Oh ya, selamat hari lahir! Aiman, Asyraf dan Azlan. |
posted by hukamaque @ 4:31 pm  |
|
|
|
|
|