| Tuesday, March 20, 2007 |
| Pieces 14 |
"Abang Hakim, apa landmark?." dia bertanya. "Landmark? Tak ada dekat situ. Jap, the landmark is i'm coming towards you now." saya menjawab, sambil memandu terus dari simpang masjid. Saya menunggu dia.Memintanya untuk memerhatikan saya yang menunggu di simpang kanan.
Saya keluar dari Mukhairiq. Dia turun dari motosikal merahnya dan menghulurkan salam sekali dengan senyuman yang tak mungkin pernah saya padam dari ingatan. Wajah yang sedikit kurus, rambut yang makin panjang. Cuma ramah dan mesranya memang tidak pernah hilang.
Alhamdulillah. Saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana mempertemukan kami bertiga, malam ini.Bahagia. Bahagia kerana dia tumbuh dengan selamat, makin dewasa dan matang. Moga-moga pengalaman yang dikutip sepanjang bergelar perantau benar-benar mengajarnya menjadi manusia. Perasaan yang biasa datang apabila kita menjadi pendidik dan mendidik.
Falsafah tarbiyah, mendidik seseorang agar menjadi lebih dan lebih baik dari yang empunya diri.
Asyraf, tak larat nak tulis panjang lagi. Penat, yeah, i should go off to bed early as you reckon that i do look sick. Did i? Asyraf, tumbuhlah seperti Muhammad Al-Fatih , raja terbaik yang berhasil membuka Kota Rom Timur, Konstantinopel. Bercita-citalah! Semoga keberkatan dan hidayah melimpah turun dari langit buatmu..
Ya, seperti hujan yang terpaksa kau redah waktu pulang tadi. Itu akan membuatmu lebih dewasa, percayalah!
|
posted by hukamaque @ 10:34 pm  |
|
|
|
|
|