| Monday, January 07, 2008 |
| Epilog di Blogspot |
Assalamualaikum wrt, Alhamdulillah , saya kini berkeadaan baik dan sihat. Saya sudah memulakan himpunan tulisan saya di www.kekuatansuper.wordpress.com Terima kasih. |
posted by hukamaque @ 11:15 am  |
|
|
|
| Tuesday, November 13, 2007 |
| Pieces 50 |
Catatan perjalanan setahun ini akan saya tamatkan tidak lama lagi. Saya akan terus menulis.Tetapi, biarlah blog ini menjadi kenangan indah buat diri saya. Jumpa lagi nanti di blog baru. |
posted by hukamaque @ 12:54 pm  |
|
|
|
| Monday, November 05, 2007 |
| Pieces 49 |
Catatan terakhir di sini, tempat tinggal sekarang. Saya membina sebahgaian dari kedewasaan saya di sini. Beberapa perkara yang berlaku dua tiga minggu ini, sekarang sedang bersedia mengambil peperiksaan sekali lagi. Abang Samah, jemaah surau yang selalu bersama kami dari dulu, meninggal dunia akibat paru-paru berair. Sesungguhnya, ajal itu datang tanpa memberi salam perkenalan.Al-Fatihah.Saya sangat menghargai kehadirannya dalam kehidupan saya walaupun cuma sesingkat ini.
Putaran itu datang lagi, sekarang masanya untuk saya melepaskan anak-anak penyu , ke laut.
Tak selamanya saya dapat menjaga mereka. Harapan saya, semoga mereka dewasa dengan baik.Saya juga sayangkan mereka, fillah.Always.=]
Sahabat-sahabat yang semakin dewasa, saya mengimpikan sebuah pertemuan yang diberkahi dengan rahmat Allah.
Walaupun saya tahu , kita mungkin telah memilih persimpangan dan jalan sendiri, itu sebenarnya tidak pernah membuatkan ikatan ini menjadi longgar.Tidak pernah terdetik di hati ini, bahkan sayu selalu menanti satu hari di mana saya boleh menukilkan senyum dan menyambut kalian dengan perasaan hangat yang memanjang.Moga-moga waktu itu, pintu langit pun terbuka dan pahala Allah turun mencurah-curah , buat kita.
Dulu, kalaulah kita boleh mencintai saudara seislam kita tanpa mengira beza warna kulit, budaya dan mungkin kefahaman, sekarang mengapa perbezaan kecil, kau jadikan batas penghalang? Kita bergelak ketawa, berkongsi segala macam ilmu dan rasa.Kembara sepanjang malam , kenangan bersolat dalam dingin subuh yang menggigit. Enaknya , makaroni bakar, berjalan-jalan di pesisir laut, melihat indahnya matahari terbit.Terlalu banyak, saudaraku.
Siapapun engkau sekarang saudaraku, engkau masih kami cintai seperti dulu. Dengan semangat, ruh dan kefahaman seperti dulu. Forever. Insya-Allah...
All the best for exams, my dear brothers. Saya halalkan segala-galanya. Insya Allah no worries.
|
posted by hukamaque @ 8:04 am  |
|
|
|
| Tuesday, October 23, 2007 |
| Pieces 48 |
Alhamdulillah. Dah dapat tahu sebab musabab mengenai ujian baru-baru ini. Rezeki tetap Allah yang pegang. Balik lewat, kereta habis bateri. Kena jump start.
Allahumma jurli fee museebati wakhlufli khairan minhaa. |
posted by hukamaque @ 12:36 am  |
|
|
|
| Friday, October 19, 2007 |
| Pieces 47 |
Saya sampaikan berita siang tadi pada beberapa orang. Ada dua orang senior kerja sempat menitipkan pesan.
"Don't give up on your exams, if you give up, you will give up in your whole life. Another one i forgotlah, i call you later when i remember"
Bos besar pun ada berpesan , "Don't resign because of this, stay until you're a senior"
"Semoga semangat Oshin ko terus membara"
Terima kasih banyak-banyak. Kenapa Oshin? Watak drama bersiri Jepun ini, menjadi bahan motivasi dan jenaka kami berdua , selalunya apabila kami menghadapi saat-saat sukar ketika bekerja. Saya tahu, isteri kepada senior saya ini sangat meminati drama Oshin. Ibu saya juga! Senior saya mengembalikan ingatan saya kepada Oshin , ketika kami terpaksa mengaudit sebuah kilang kelapa sawit di Melaka selama seminggu.
"Mana semangat Oshin? "
Selalunya saya akan tersenyum, seperti sekarang. Saya harap apabila saya menjadi senior nanti, saya boleh bercerita tentang Salahuddin Al-Ayyubi, Ikrimah dan ramai lagi pejuang islam untuk inspirasi junior-junior saya.
Amin.Insya-Allah. Dan waktu itu, moga-moga saya akan tersenyum lebih lebar dengan hati yang sentiasa kembang berbunga.Bahagia. |
posted by hukamaque @ 9:55 pm  |
|
|
|
|
| Pieces 46 |
Allah dah kata,
Di setiap kesusahan itu ada kesenangan.
=].Alhamdulillah!
Innahum fityatun amanu bi Rabbihim wa zidnahum hudaa.. |
posted by hukamaque @ 12:57 pm  |
|
|
|
|
| Pieces 45 |
Mana mungkin saya dapat melupakan hari ini.
Sewaktu saya mula-mula menulis blog dahulu, Abang Zaki berpesan agar menulis catatan hidup saya supaya suatu hari nanti, saya dapat melihat kembali apa yang saya telah lakukan.Moga-moga dengan izin Allah, kita boleh merenung kembali, mengambil pengajaran , semangat, teladan dan inspirasi pada masa hadapan.
"I hope that you'll be patient.." " You're progressing , but i want you to be developed well.." "Take it positively.."
Telahan saya benar. Memang saya menunggu hari ini sejak enam bulan yang lepas. Bos besar akhirnya berbicara secara peribadi dengan saya. Saya tahu saya telah pergi lebih jauh dari dahulu, bahkan mungkin lebih baik. Cuma, Allah telah menetapkan bahawa sekarang bukan masanya untuk saya memegang amanah yang lebih tinggi.
Tidak saya nafikan, saya mengawal riak muka dan air mata dari tumpah. Kecewakah saya? Saya kuatkan hati dan tabahkan perasaan. Rezeki adalah ketentuan Allah, bahkan saya perlu menitipkan rasa syukur.
Kematangan adalah salah satu unsur kejayaan! Perancangan Allah adalah yang terbaik, saya hanya mampu meletakkan usaha. Saya mohon kebaikan dan kelancaran untuk segala-galanya. Amin, ya Allah.
Binalah kami sebaiknya, ya Ar-Rahmaan.... |
posted by hukamaque @ 10:51 am  |
|
|
|
| Thursday, October 18, 2007 |
| Pieces 44 |
Selamat kembali kepada fitrah!
Syukur, alhamdulillah.Saya selamat kembali ke pejabat setelah empat hari bercuti.
Dah besar dan tua ini, saya memandang hari lebaran dari perspektif yang berbeza. Bukan lagi dari meriahnya mengumpul duit raya [duit raya, bang!] , baju mana yang mesti digayakan dahulu atau melawat ke rumah si anu dan si anu kerana ada mee goreng atau Ferrero Roche yang saban tahun mesti di makan!
Aidilfitri kali ini lebih bersifat kekeluargaan. Memandangkan masa yang ada terhad, saya memang banyak meluangkan masa dengan keluarga.Kecil dan besar. Hari Raya ketiga barulah saya memandu untuk bertemu dengan kawan-kawan.
Esoknya, barulah saya memandu seorang diri ke Kuala Pilah , bertemu dengan adik kembar kami, Firdaus dan Ridhwan.
Keputusan CA tempoh hari diumumkan pada hari raya.Maaflah, gagal sekali lagi. Saya diamkan sahaja.Mujur, alhamdulillah, ditawarkan supplementary exam. [part nie, yang paling best.alhamdulillah]
Mungkin bunyinya , raya kali ini biasa-biasa sahaja.Tapi sangat bermakna! Alhamdulillah. |
posted by hukamaque @ 3:11 pm  |
|
|
|
| Wednesday, October 10, 2007 |
| Pieces 43 |
Semalam pada waktu malam saya demam lagi. Alhamdulillah, kafarah dari Allah terhadap dosa-dosa yang terkumpul banyaknya.
Lantas, saya dikejutkan dengan satu panggilan. Tertera 'unknown' di skrin telefon.
"Assalamualaikum, saya Faesal, dari Semasyhur". "Ha? Siapa ni? " Haha, bukanlah, ini saya..."
Cis, menyamar rupanya! Panggilan dari seseorang yang memang saya nantikan sejak sekian lama. Tunas kecil yang kami tanam, dahulu. Moga-moga dia kian besar dan tumbuh dengan baik.
Kami bersembang lama. Sangat lama. Di hujung talian, kedengaran suaranya batuk-batuk. Tahulah saya, dia juga demam. Dia jugalah pemanggil misteri yang meninggalkan banyak miscalled dari unknown akhir-akhir ini. Huhu.
Walau apa pun simpang yang dipilihnya, insya-Allah, kami akan tetap sabar menanti dan berharap dia akan benar-benar memahami jalan panjang yang sukar ini.
Dia juga memberi tahu , kawan baik saya sewaktu belajar dahulu, sudah lama pulang ke negara asalnya.Dialah Akh Agus Abdullah dan isterinya, Ukhti Della.
Saya masih ingat lagi, pada hari akhir saya di luar negeri, dia menggengam tangan saya, erat dan berkata..."istiqamah..!"
Blognya saya linkkan di bawah.
|
posted by hukamaque @ 8:04 am  |
|
|
|
|
|