Saturday, April 07, 2007
Pieces 16
Lama.Ya agak lama saya biarkan blog ini sunyi dan sepi.Waktu ini, hujung minggu.Saya demam sebenarnya.Usah tanya mengapa.Seminggu dua yang lepas saya bekerja teruk.Peperiksaan, kerja yang saya mula kendalikan sendiri.

Saya belajar. Belajar untuk berdikari dan menjadi insan yang cekal semangat dan tabah. Fasilitator peperiksaan saya sempat berkongsi, membuat CA sambil bekerja mengajar dia tentang sesuatu. Pengurusan masa.

Kadang-kadang saya terfikir, waktu zaman menengah rendah dahulu, saya selalu membantu datuk saya memeriksa akaun masjid di kampung. Waktu itu saya langsung tidak pernah saya terfikir tentang imbangan duga dan sebagainya. Kini, saya bermain dengan nombor-nombor dan akaun.Memang memenatkan walaupun saya sedar ini yang terbaik dari Allah dan pengalaman ini adalah pengalaman paling berharga.

Saya akan cuba melakukan yang terbaik, pertamanya kerana saya adalah muslim dan dimuliakan dengan tugas para rasul dan anbia'.
Kedua, saya juga perlu menikmati setiap detik yang diamanahkan kerana saya meyakini, dari situ datangnya pahala , hikmah dan kebaikan yang boleh saya lanjutkan hingga bila-bila.

Sebelum ini saya juga tidak pernah terfikirkan tentang personaliti unggul atau istilah Inggerisnya "towering personality". Ibu meminta saya membantunya menyiapkan teks ucapan umumnya malam ini.Kata ayah, biarkan ibu membuatnya sendiri.Belajar.
Jujurnya, saya agak keberatan, memandangkan saya punya ujian kecil esok dan saya juga perlu menghantar dua fail kerja.Tambahan, demam.

Tetapi, apabila saya fikirkan kembali jasa dan pengorbanan ibu yang terlalu banyak. Sifat ithar yang semulajadi ada pada seorang yang bergelar ibu, saya rasa saya perlu menghulurkan tangan. Lagipun, mana mungkin saya melupakan sewaktu di Tahun Lima, ibu bersama-sama membantu mencari hujah-hujah pertandingan bahas pertama saya.

"Bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji"

dan saya muncul pembahas terbaik buat kali pertama, dalam catatan sejarah hidup sendiri.

Alhamdulillah a'la kulli haal..
posted by hukamaque @ 4:08 pm  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
Tentang Kita
Ikatan Muslimin Malaysia :ISMA:
Selamanya Bermakna!
Koleksi

 

 

Links
Template by
Free Blogger Templates