| Wednesday, December 20, 2006 |
| Tentang Senior |
Doa dan pengharapan pada Allah saya panjatkan untuk beberapa teman yang sudah dan bakal melangkah ke alam perkahwinan. Alam baru. Alam yang lebih mendekatkan kita kepada taqwa.Melengkapkan separuh lagi bahagian iman yang terbina. Menulis hikayat-hikayat cinta dengan dakwat halal dan barakah. Tahniah untuk Umar dan Sarah dan nanti , Zafry dan Aishah. Insya Allah..
Saya sendiri masih belum kesempatan untuk menulis kisah cinta sendiri, kerana belum punya ruang untuk memiliki.Masih berjuang untuknya.
Jangan sesekali kita menilai manusia dari apa yang kita dengar melainkan sesudah kita mendekati dan menyelami hati budi mereka.
Dia yang akan saya ceritakan ini adalah seorang senior di tempat saya bekerja. Sebelum ini saya memang tidak pernah bekerja dengannya bahkan seringkali juga mendengar cerita-cerita yang tidak enak di dengar tentang dia. Memang dua tiga hari pertama saya gugup, takut dan macam-macam lagi perasaan yang membimbangkan datang. Tapi seawal pertemuan dia tampil memegang bahu saya. Bukan sekali dua. Ada perasaan aneh.Bukankah kata orang dia seorang yang menakutkan?
Keesokan harinya, dia mengajak saya sarapan bersama.Saya mengiyakan.Setuju.
"Aku dah bukan macam manusia" tiba-tiba dia bersuara. Di sini semuanya bermula. Dia terus-menerus bercerita tentang dirinya. Akhirnya, saya pula berterus-terang, memang saya berasa takut akan dirinya.Membosankan, menakutkan semuanya saya luahkan.Dia cuma ketawa. "Keluarga aku pun dah menyisihkan aku..buat apa-apa pun sekarang tak bagitahu aku, ye lah balik lewat malam , keluar awal pagi" .Ada simpati yang tiba-tiba tumbuh di dalam hati. Alhamdulillah , dia selesa bercerita dan saya mendengar. Saya akhirnya memahami, dia perlukan kawan dan sahabat.
Ya Allah, apakah ini akan berlaku juga kepada saya? Dia dibuli teruk sewaktu mula-mula bekerja dan ditinggalkan begitu sahaja oleh senior-senior. Kesannya? Sikap dan perwatakan dia sekarang!
Kelmarin, saya mendapat tahu bahawa dia datang dari broken family. Dan semalam saya ditinggalkan keseorangan bekerja. Tidak mengapa, saya sekurang-kurangnya belajar untuk memahami dan berjanji untuk tidak membiarkan sejarah yang sama berulang kembali. Cuba menjadi yang terbaik.
Ini cuma sekelumit kisah ummat yang parah. Cebis-cebis yang merosakkan. Semoga kita mampu menyembuhkan.
|
posted by hukamaque @ 9:11 am  |
|
|
|
|
|