| Sunday, November 26, 2006 |
| 22 |
Hari ini badan saya masih lagi tidak enak. Saya perlukan rehat. Ibu, ayah dan adik-adik baru sahaja pulang. Terima kasih banyak atas semuanya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu saya rindukan. Terima kasih kerana semuanya saling mengingatkan saya pada Allah dan bersabar atas dugaan dan cubaan.
Hari ini saya genap 22 tahun.Terima kasih atas ingatan anda. Terima kasih untuk Along , Syahr, Abg Faizul, Azahari, Abadi, Rahmat(untuk testimonial yang pendek tapi membahagiakan seawal celik mata) dan sesiapa sahaja lagi.
Asyraf menegur, tak baik menulis dekat dengan kematian. Baik, terima kasih untuk mengingatkan saya dengan kegembiraan, kebahagiaan dan melimpahnya rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang melimpah-limpah untuk Asyraf.
Terima kasih Mak Ngah yang sudi memberi nasihat supaya terus kuat, demi masa depan. Alif Adam, terima kasih kerana selalu mengingatkan saya supaya bersenam dan ambil vitamin dan pil-pil tambahan.
Terima kasih Allah kerana masih memberi saya kehidupan. Saya ingin sekali menerima ucap dan ingatan dari beberapa orang, tapi saya tidak boleh memaksa..cinta yang hadir bukan boleh dipaksa-paksa.
Tazkirah lebih saya suka. Berilah peringatan! |
posted by hukamaque @ 11:29 am  |
|
|
| 1 Comments: |
-
Assalamualaykum wrt
pcik akim , selamat hari lahir yg ke 22 . semoga beroleh keberkatan umur untuk terus kuat & tabah =)
mujahid
|
| |
| << Home |
| |
| |
|
|
|
Assalamualaykum wrt
pcik akim ,
selamat hari lahir yg ke 22 . semoga beroleh keberkatan umur untuk terus kuat & tabah =)
mujahid